DISEMBER 2023

Majlis Penangguan Pesta Regatta Telaga Air


3 Disember - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir ke majlis tersebut disambut dengan acara tradisi melayu dan seterusnya melawat ke ruang pameran dari pada pelbagai agensi kerajaan.

Antara ucapan beliau adalah, Kpg Telaga Air yang terletak dalam Tourism Belt Sarawak akan berubah di bangun dengan lebih tersusun apabila kemudahan Jalanraya baharu dari Jalan Pehin Sri Adenan Satem ( FAC ) ke Kpg Telaga Air, Tambahan Tebingan Sungai, sebuah Masjid baharu terapong dan kemudahan raidah, sukan air dan makanan akan bermula dari tahun 2024 yang akan mengambil masa 3-4 Tahun. 

Katanya lagi,Tukun Tiruan bernilai RM70juta yang telah ditanam dua tahun yang lepas di perairan dari Telok Melano hingga ke Lawas, telah membuahkan hasil dengan meningkatnya tangkapan nelayan serta telah menerima pengiktiran dari Agensi Amerika Syarikat sebagai Penanaman Tukun Tiruan terpanjang di dunia. 

Diakhir majlis, YAB Premier Sarawak melakukan pelepasan regatta Raja Air di tebingan yang mana telah di menangi oleh perahu lumba Pantai Damai Binladen dan seterusnya beliau menyampai hadiah kepada semua pemenang.

Turut hadir, Menteri Pembangunan  Wanita Keluarga dan Masyarakat Malaysia, YB Datuk Hajjah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Seni Persembahan Dan Belia Sukan Pembangunan Keusahawan Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman bin Hamzah,Timbalan Menteri Utiliti  Infrastrukur,YB Datuk Aidelariwoo dan dif-dif kenamanan lain.

Sumber dari : Sarawakku